Pages

Thursday, December 30, 2010

Malaysia Juara Piala AFF-Suzuki 2010 dengan agregat 4-2.31/12/2010 diisytihar cuti umum

Malaysia menumpaskan Indonesia dengan agregat 4-2 dalam perlawanan akhir kedua Kejohanan Bola Sepak Piala AFF-Suzuki
2010 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia malam ini.

Gol tunggal Malaysia dalam perlawanan itu disempurnakan pemain negara Mohd Safee Mohd Sali pada minit ke-53 dalam perlawanan timbal balik berkenaan.
Gol berkenaan memberikan kemenangan kepada negara setelah perlawanan akhir pertama menentang Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan keputusan 3-0 pada 26 Disember lalu.
Indonesia kemudiannya memperolehi satu gol melalui pemainnya Mohammad Nasuha pada minit ke-71.
Satu lagi gol diperolehi Indonesia pada minit ke-87.
Dalam perkembangan berkaitan, perdana menteri Datuk Seri Najib Razak lewat malam ini mengisytiharkan 31 Disember sebagai cuti umum.
Dalam kenyataannya kepada Bernama itu, beliau mengisytiharkan cuti umum berkenaan bagi meraikan kemenangan pertama Malaysia dalam sejarah 14 tahun kejohanan berkenaan.
Sepanjang tujuh edisi sebelum ini, Malaysia hanya sekali berpeluang melangkah ke perlawanan akhir iaitu pada edisi sulung kejohanan yang dahulunya dikenali sebagai Piala Tiger pada 1996.

Monday, December 27, 2010

Wushu Warrior 2010


Jangan Pandang Belakang Congkak 2




MOVIE SAIZ : 350 MB
MOVIE FORMAT : MKV
SUBTITLE : MALAY


Genre: Comedy
Pelakon: Nora Danish, Cat Farish

Quality: DVDRip




MEDIAFIRE PASSWOR

sazwan-mediafire

Tuesday, December 21, 2010

Nie satu website yg bleh scan kelajuan website kita.Try la...
http://www.iwebtool.com/speed_test?


Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)
(eg. iwebtool.com)


#
 Domain name Size Load Time Average Speed per KB

1penditagilamahaguru.blogspot.com123.69 KB0.29 seconds0 seconds

TAZKIRAH - Adab Untuk Kanak-kanak


Hubungan silaturahim antara seseorang individu dengan orang lain mengeratkan persaudaraan sesama agama. Syariat menentukan bahawa adab-adab sosial ini perlu ditanam dan disemai di peringkat kanak-kanak lagi.agar kesebatian hubungan silaturahim berakar umbi di hati mereka.

Adab Terhadap Ibu Bapa

Pengorbanan ibu bapa melahirkan, mengasuh, membimbing, dan membesarkan anak-anak tidak boleh dipertikaikan lagi. Tiada ganjaran wang ringgit dan harta benda yang dapat membalas jasa mereka.

Justeru, sebagai menghormati ibu bapa dan orang lain yan ada kaitan dengan mereka seperti datuk, nenek dan saudara mara, maka kita dianjurkan sentiasa menyumbangkan bantuan kepada mereka.

Didikan Awal Ibu Bapa Kepada Anak-Anak

  • Anak-anak dianjurkan semenjak dari kecil lagi mencium tangan ibu bapa dan orang tua setiap kali bertemu.
  • Bertutur di hadapan mereka dengan tutur kata yang lemah lembut dan penuh rasa hormat.
  • Sering merujuk dan meminta nasihat ibu bapa dalam menangani masalah kehidupan hari ini.
  • Ajarlah kepada mereka sentiasa menziarahi ibu bapa atau jiran tetangga terutamanya ketika mereka uzur dan sebagainya.

Adab Terhadap Guru

Para ibu bapa juga diingatkan supaya mendidik anak-anak dari kecil lagi untuk menghormati guru dalam menunaikan haknya.

Guru-guru yang menabur jasa memberi ilmu pengetahuan, tunjuk ajar dan bimbingan terhadap anak muridnya memang sepatutnya dihormati. Lebih-lebih lagi guru agama dan alim ulama yang mengajar dan membimbing dalam soal-soal akidah, hukum hakam agama, ibadah dan yang berkaitan dengan akhrat.

Nabi SAW bersabda yang diriwayatkan oleh al-Tabrani daripada Abu Hurairah r.a yang maksudnya;

Pelajarilah ilmu, pelajari ketenangan dan kesopanan dan rendahkan diri mu terhadap orang yang kamu ambil ilmunya ( guru ).
Adap dengan Rakan, Jiran dan Tetamu

  • Memilih sahabat atau teman yang baik akhlak dan budi pekertinya.
  • Memberi salam dan menjawab salam apabila berjumpa.
  • Memenuhi undangannya jika dijemput.
  • Menziarahinya ketika sakit
  • Memberi bantuan ketika dalam kesusahan.
  • Tidak sesekali menyakitkan hatinya
  • Berilah layanan yang sewajarnya kepada tetamu yang datang ke rumah kita.
Firman Allah SWT, dalam Surah al-Nisa' ayat 36 maksudnya;

Dan berbuat baiklah kepada kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin, tetangga dekat dan jauh, teman sejawat dan orang yang berjihad.
Melalui kenyataan di atas, dapat kita lihat betapa pentingnya peranan ibu bapa dalam mendidik kanak-kanak. Anak-anak yang mendapat didikan ini, akan memiliki kesihatan jasmani, kemuliaan akhlak dan berperwatakan yang disukai ramai.

Semoga kita sama-sama beroleh keberkatan kehidupan di dunia dan di akhirat.

Ya Allah, berikan kami kebahagian di dunia dan berikan juga kepada kami kebahagiaan di akhirat, jauhkanlah kami daripada azab api neraka Mu.....Amin.

Selangor tak terlibat pelan pembangunan tapak surau

Kerajaan Selangor tidak terlibat langsung dengan pelan pembangunan tapak sebuah surau di Rawang yang dibantah sekumpulan penduduknya semalam, dakwa setiausaha politik kepada menteri besar Faekah Husin.

Beliau menjelaskan bahawa tanah yang terlibat dalam projek pembangunan tersebut dimiliki dua syarikat pemaju yang menjalankan projek tersebut secara usahasama.

NONESebuah daripada syarikat itu didakwa tidak lagi mempunyai sebarang kaitan dengan kerajaan negeri.

Sehubungan itu, Faekah (kiri) berkata, pihak yang terlibat dalam perhimpunan itu, termasuk pemimpin Umno sepatutnya, membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang "tuduhan liar".

Beliau juga mendakwa kerajaan terdahulu pimpinan BN sebenarnya yang telah meluluskan kedua-dua syarikat terbabit menjalankan projek tersebut atas tanah berkenaan, termasuk lot yang telah diwartakan untuk pembinaan surau.

“Fakta jelas mendedahkan siapa yang sebenarnya telah mengorban orang Melayu dan Islam di Rawang.

"Saya rasa mungkin lebih sesuai penduduk berhimpun di pejabat Umno dan MCA untuk membuat aduan mereka,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Jemput SPRM
Semalam, Badan Bertindak Surau Al-Hidayah (BBSAH) Kampung Melayu Rawang dilaporkan berhimpun dalam demonstrasi secara aman bagi membantah pengambilan tapak surau itu.

Penasihat BBSAH Datuk Ir Md Nasir Ibrahim dilaporkan berkata ketidakcekapan kerajaan negeri sekarang menyebabkan satu-satunya tanah orang Melayu di pekan Rawang yang luasnya tidak seberapa, jatuh ke tangan swasta.

NONEBeberapa pemimpin BN, antaranya Pengerusi Biro Agama Umno Selangor Datuk Zainal Abidin Sakom juga kelihatan turut serta dalam perhimpunan itu.

Berhubung status gerai-gerai tanpa lesen yang beroperasi di sekitar surau berkenaan, Faekah berkata laporan awal yang diterima dari Pejabat Daerah Gombak mendedahkan ia dibina secara haram tetapi sewa dikutip oleh seorang bekas ahli jawatankuasa surau untuk mengisi tabung surau itu.

Bagaimanapun, katanya, ahli jawatankuasa baru surau berkenaan mendakwa kutipan itu tidak pernah disalurkan ke tabung surau.

“Saya menyeru polis dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) membuat siasatan lanjut berkenaan hal ini dan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan memberi kerjasama penuh,” katanya.

Faekah juga berkata kerajaan Selangor akan memastikan penduduk di Kampung Melayu, Rawang, mempunyai kemudahan surau walaupun notis perobohan dan pemindahan telah dikeluarkan oleh syarikat pemaju bagi menjalankan projek pembangunan yang telah diluluskan lapan tahun lalu.

Kerajaan Selangor melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut agar penduduk di kampung itu dapat terus menjalankan ibadat seperti biasa.

Sumber : www.malaysiakini.com/bm

Kemalangan Maut di Simpang Pulai-Cameron Highland


PASUKAN penyelamat bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands semalam.


IPOH – Kegembiraan sekumpulan 35 pelancong dari Hatyai, Thailand bercuti di pusat peranginan Cameron Highlands, Pahang bertukar tragedi apabila 25 daripada mereka terbunuh selepas bas yang dinaiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini semalam.
Kemalangan membabitkan bas persiaran dua tingkat milik San Express Holiday pada pukul 11.40 pagi itu turut mengorbankan dua warga tempatan iaitu pemandu, Omar Shahidan, 48, dan pemandu pelancong berketurunan Siam Malaysia, Soontorn a/l Kian, 38.
Tragedi itu berlaku dalam jarak kira-kira 15 kilometer dari Simpang Pulai.
Polis tidak menolak kemungkinan tragedi berkenaan berpunca daripada masalah brek dan tayar tetapi siasatan lanjut mengenai nahas akan dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof berkata, 22 mangsa maut di tempat kejadian manakala lima lagi mati semasa dalam perjalanan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.
 Sumber : www.kosmo.com.my

Monday, December 20, 2010

Jenis-Jenis Saman Trafik

Terdapat 2 jenis saman yang dikeluarkan oleh Cawangan Trafik PDRM

           

       1. Notis Saman POL. 170A
        - Saman yang di-isu samada secara postal atau diletak pada kenderaan (tidak 

          di-isu secara langsung
          kepada pesalah)
              
         Apa Itu POL.170A?
         - Pol. 170A ialah notis yang dikeluarkan di atas kesalahan yang dilakukan oleh kenderaan tanpa
           kehadiran  pemandu atau kesalahan yang dilakukan oleh pesalah trafik tanpa ditahan oleh
           polis seperti perangkap laju dengan menggunakan LSD (Laser Speed Detecter) atau Laser
           Perangkap Laju dan RLC (Red Light Camera) atau Kamera Lampu Isyarat Merah.

       
            1.1 Kesalahan-kesalahan yang boleh digunakan POL. 170A seperti berikut:-
                1.1.1    Meletakkan kenderaan menyalahi isyarat lalulintas -Sek. 79 (2) APJ 1987
                1.1.2    Melakukan galangan tidak berpatutan di atas jalanraya - Sek.16(1) LN 166/59
                1.1.3    Melakukan galangan dengan meletakkan kenderaan yang tidak selari dengan jalan -
                             Sek. 16(2) LN 166/59
             

                1.1.4    Melakukan galangan dengan meletakkan kenderaan rapat ke kiri/bahu jalan -
                            Sek. 16(2) LN 166/59
                1.1.5    Melakukan galangan dengan meletakkan kenderaan bertentangan dengan aliran trafik
                            di jalan sehala. - Sek. 16(3) LN 166/59
                1.1.6    Meletakkan kenderaan dalam lingkungan 30 kaki daripada simpang atau selekoh jalan. -
                            Sek.12 (2) LN 166/59
                1.1.7    Meletakkan kenderaan dalam lingkungan 10 kaki daripada pili bomba.- Sek. 12(2)
                            LN 166/59
                1.1.8    Meletakkan kenderaan dalam lingkungan 30 kaki daripada pili bomba.- Sek. 12(3)
                            LN 166/59
                1.1.9    Meletakkan kenderaan di jalan yang mempunyai dua garisan, satu garisan bersambung
                            dan satu garisan putus-putus.- Sek. 17B(3) LN 166/59
                1.1.10  Meletakkan kenderaan di jalan yang mempunyai garisan bersambung/dua garisan, satu
                            bersambung dan satu putus-putus.- Sek. 17
B(3) LN 166/59
                1.1.11  Nombor pendaftaran kenderaan tidak dipamerkan mengikut undang-undang/tidak 

                             mudah dicam/tidak disuarkan mengikut peruntukkan undang-undang. - Sek. 14(4) 
                            APJ 1987            
                1.1.12  Tidak mempamerkan Lesen Kenderaan Motor/Cukai Jalan. Sek. 20(1) APJ 1987
                1.1.13  Salinan pendua POl.170A yang telah ditulis itu dideraikan dari Pol.170A dan 

                            diletakkan pada wiper kenderaan atau ditempat duduk bagi motosikal.
                              
    2.
Saman POL. 257
        - Saman yang dikeluarkan secara langsung kepada pesalah trafik apabila kesalahan dikesan.

        Apakah Itu Saman POL. 257
        2.1    POL. 257 boleh digunakan dalam keadaan berikut:-
                2.1.1    Diserahkan kepada mana-mana pemandu kenderaan/pengguna jalanraya yang ada 

                            bersama-sama pada masa kesalahan itu dilakukan
                2.1.2    Diserahkan kepada mana-mana pemandu kenderaan selepas selesai satu-satu siasatan 

                            keatasnya dijalankan.
                2.1.3    Diserahkan kepada mana-mana pemandu atau tuanpunya kenderaan selepas tindakan
                           susulan atau siasatan dijalankan ekoran dari pengeluaran Notis POL.170A/170/171

Sumber : www.rmp.gov.my

Bekas timbalan ketua pengarah dipenjara 6 tahun

Bekas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Yusof Abu Bakar, 56, hari ini dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda RM620,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Beliau didapati bersalah terhadap 14 tuduhan menerima rasuah berjumlah RM121,500 pada 2008.
NONEHakim Abu Bakar Katar menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap tertuduh.
Pada 14 Okt 2008, Yusof didakwa menerima rasuah berjumlah antara RM500 dan RM18,500 pada setiap transaksi daripada seorang pengurus jualan antara 21 Mac dan 25 Jun 2008.

Menurut kertas pertuduhan, Yusof didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat beliau bertugas di Bahagian Kawalan Aras 7, Jabatan Imigresen Malaysia, Blok 2G4, Presint 2, Putrajaya; di Federal Hotel, Jalan Bukit Bintang; dan di Stesen Minyak Caltex, Jalan Pudu.

Semua pertuduhan itu mengikut Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan dihukum menurut Seksyen 16 Akta yang sama.

Merancang kewangan keluarga

IBU kepada empat orang cahaya mata, Fazuliana Wari Dali, 36, tidak pernah gagal daripada tanggungjawab menguruskan perbelanjaan keluarganya.
Meraih pendapatan yang diperoleh daripada perniagaan lukisan, dia tahu cara yang betul menguruskan kewangan.
Menyedari anak-anak semakin membesar dan sesi persekolahan juga bakal bermula tidak lama lagi, Fazuliana lebih selesa menabung untuk kegunaan pada saat diperlukan.
Seperti tahun-tahun sebelum ini, dia masih membeli tiga pasang seragam dan kasut sekolah untuk tiga orang anaknya yang bersekolah. Sungguhpun isu kegawatan ekonomi sudah mula diuar-uarkan, Fazuliana masih belum merancang mengurangkan perbelanjaan isi rumah dan sekolah anak-anak.
Sebaliknya, dia sentiasa menasihati anak-anak agar sentiasa menjaga perilaku supaya kelengkapan sekolah boleh digunakan sepanjang tahun. Menerusi kaedah ini, dia boleh berjimat tanpa perlu membeli baju sekolah yang baru.
"Amalan berjimat cermat ini perlu diamalkan memandangkan harga barang kini semakin naik. Memang terasa apabila melihat harga barang tidak menentu. Jika sebelum ini peruntukan RM100 dapat memenuhi troli tetapi kini untuk mendapatkan barang yang sama, saya perlu berbelanja sebanyak RM250.
"Situasi ini bukan sahaja berlaku di pasar raya besar malah perang harga juga boleh dilihat di pasar borong. Jika masalah ini berterusan saya akan mengurangkan sedikit perbelanjaan supaya peruntukan perbelanjaan yang diberi suami setiap bulan sentiasa mencukupi," luahnya yang menjalankan perniagaan melalui Internet.

"SETIAP individu wajar mengamalkan sikap suka menabung."


Pengalaman selama 14 tahun bekerja di bank membuatkan Fazuliana memahami cara terbaik untuk menguruskan kewangan peribadi.
Tahun ini penuh dengan berita kurang enak mengenai ekonomi dunia. Malaysia dikatakan tidak terkecuali merasai tempias itu.
Menyedari perkembangan tersebut, kerajaan menyarankan supaya masyarakat mengambil langkah berjimat cermat. Pengguna perlu hanya membeli barangan yang diperlukan bukan kerana didorong hawa nafsu.
"Benar, jika diperhatikan di Internet dan media, kebanyakan berita yang disajikan menyatakan negara kita bakal menempuh situasi ekonomi yang tidak menentu pada tahun ini. Tapi, orang ramai jangan mudah panik dan bimbang kerana semuanya bergantung pada gaya hidup anda sendiri.
Amazing things happen when you say Yes

"Sekiranya amalan jimat cermat sudah diamalkan sejak dulu lagi dan menabung, maka isu kegawatan ekonomi bukanlah suatu masalah yang besar. Malah, tatkala krisis berlaku pun kita tidak akan terasa keperitan itu," jelas Pengarah Urusan Life Specialist Financial Planners Sdn. Bhd., Laila Johari yang menyatakan setiap individu wajar mengamalkan sikap menabung.
Justeru, Laila menyifatkan tahun ini merupakan tahun yang paling sesuai untuk orang ramai belajar menabung.



Jika sebelum ini sejumlah wang diperuntukkan membeli barangan berjenama, melancong ke luar negara atau menikmati hidangan di restoran adalah lebih wajar kita mengubah tabiat sedemikian.
Orang ramai masih boleh berbelanja, tetapi biarlah berpada-pada. Sebaik-baiknya bertukarlah membeli produk tempatan dan mengunjungi destinasi percutian dalam negara. Daripada membazirkan wang yang banyak untuk makan di luar, lebih baik sekiranya wang itu digunakan membeli bahan mentah dan makan di rumah. Dengan cara ini, sambil berjimat kita dapat meningkatkan keharmonian keluarga.
Selain menghakis sikap boros, obses menggunakan kad kredit juga harus dikawal.

"PENGGUNA perlu membeli hanya barangan yang diperlukan bukan kerana didorong hawa nafsu. - Gambar hiasan"


Elakkan memiliki kad kredit lebih daripada satu kerana penggunaan kad kredit bakal membuatkan si pengguna terpaksa membayar hutang yang tinggi.
"Saya juga tidak bersetuju sikap pengguna yang gemar membayar hutang kad kredit sebanyak lima peratus pada setiap bulan. Hutang yang selebihnya tertunggak dan beralih pada bulan seterusnya. Semakin banyak hutang kad kredit, semakin tinggilah kadar faedahnya.
"Bagi golongan ibu bapa yang memakai kad kredit, disarankan supaya mereka menggunakan kad itu untuk hal-hal kecemasan atau kesihatan yang melibatkan ahli keluarga saja. Elakkan membeli barang menggunakan kad kredit kerana kesannya amat buruk," ujarnya kepada Kosmo!.

FAZULIANA (tengah) sentiasa menasihati anak-anak supaya bijak menjaga kelengkapan sekolah.


Laila mengakui sistem pengurusan kewangan keluarga terletak pada kebijaksanaan isteri dalam merancang perbelanjaan setiap bulan.

Sumber : www.kosmo.com.my

Thursday, December 16, 2010

Proton Saga FL(Facelift)

PRACTICALITY Its 5.3m turning radius makes U-Turns and parking a breeze.
COMFORT Equipped with rich seating and trimming for a sportier interior.
ENTERTAINMENT The audio system with USB and AUX input only means your favourite hits, non-stop.
STYLING The rear combi light promises sexy style and convenience.

PROTON Holdings Berhad (Proton) memperkenalkan model berwajah baru Saga, Saga FL, sekali gus mengunjur jualan sekurang-kurangnya 6,500 unit sebulan bagi model itu.
Pengarah Urusan Kumpulannya, Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, sehubungan itu pihaknya menyasarkan jualan 75,100 unit untuk kereta terbabit sepanjang tahun kewangan 2010/11 Proton.

Katanya, sasaran itu realistik, lebih-lebih lagi model Saga baru muncul model terlaris di pasaran beberapa bulan kebelakangan ini.
“Walaupun model sebelum ini antara yang terlaris pasaran, kami tetap mengeluarkan model berwajah baru seiring dengan falsafah baru Proton. Kami tidak mahu bergantung kepada kejayaan dan populariti Saga, sebaliknya sambutan hangat pengguna memotivasikan kami untuk menghasilkan model lebih baik.

“Dengan menampilkan ciri lebih menarik, antaranya reka bentuk dapra dan lampu puncak baru, kami yakin mampu mencapai sasaran ditetapkan, lebih-lebih lagi dengan tawaran harga hanya sedikit tinggi berbanding sebelum ini,” katanya pada sesi soal jawab selepas melancarkan Saga FL di Subang Jaya, semalam.

Beliau berkata, sejak diperkenalkan pada Januari 2008, Saga muncul model terlaris di Malaysia dengan purata jualan 6,200 unit sebulan.

“Sehingga Oktober lalu, kita sudah menjual 204,150 unit dan kini menerima 245,030 tempahan bagi model ini,” katanya.

Menurutnya, Saga FL 1.3 Standard manual berharga RM37,998 dan transmisi automatik (RM40,998); manakala 1.3 Executive manual (RM40,698) dan automatik (RM43,298).
“Ini bukan saja meletakkan model Saga FL antara termurah di pasaran dalam negara, malah kawasan serantau, sekali gus membuktikan komitmen kami menawarkan produk berkualiti, bergaya dan canggih pada harga mampu milik,” katanya.

Saga FL ditampilkan dalam enam warna dengan reka bentuk dapra baru, tukup, lampu puncak, gril depan, bamper depan dan belakang serta cermin sisi menggabungkan isyarat LED. Model eksekutif pula antaranya menampilkan lampu kabus depan tambahan, rekaan keluli aloi baru, spoiler belakang dan beg udara sisi tambahan.

Sumber : http://hmetro.com.my

Nurul Ain tak pernah main laut





Nie 1st time Nurul Ain main pantai.Sebelum nie x pernah pn main.Cuma tgk dari jauh je.Kali nie pengalaman pertama dia main pantai.Mula-mula takut main ombak sampai demam.Lepas tue esok ajak main lagi.

Jalan-jalan Langkawi 2010


Pada 22/10/2010 merupakan cuti-cuti keluarga di Langkawi.Sampai dijeti dalam pukul 11 pagi sementara menunggu bot LADA SATU yang akan bertolak jam 11.30 pagi.Dah lama jugak la x melawat Langkawi.Last sekali tahun 2008.Masa tue honeymoon.Dulu pergi berdua.Sekarang dah bertiga.Berempat x tahu la lagi.

Bahaya Mengumpat

Ghibah atau mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.

Rasulullah S.A. W. bersabda yang bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya." (Hadis Riwayat Muslim).

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa besar.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan dirinya.

Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud).

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat.

Inilah orang yang muflis di akhirat nanti.

Sumber : http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...