Pages

Wednesday, April 6, 2011

Apa yang anda tahu tentang Skala Ritcher?

Skala Ritcher?Apa tue?Sejak dua menjak nie kita asyik dengar mengenai perkataan nie.Baru-baru ini yang mengemparkan dunia, Jepun telah dilanda gempa bumi 8 skala ritcher.Malahan dilanda tsunami.


            

Terdapat dua cara yang digunakan secara meluas di seluruh dunia untuk mengukur kekuatan gempa bumi iaitu skala Modifikasi Intensitas Mercalli dan Skala Richter.
Skala Richter di cipta oleh Charles F. Richter. Charles F. Richter merupakan seorang pakar seismologi yang terkenal. Charles F. Richter dilahirkan di sebuah ladang ternak di Ohio, Amerika Syarikat pada 26 April 1900.
Charles F. Richter telah mempelajari bidang seismologi di "University of Southern California" dan Universiti Stanford. Pada tahun 1927, Charles F. Richter mula bekerja di makmal seismologi di Pasadena California dan setahun kemudian Charles F. Richter telah berjaya mendapat ijazah doktor dalam bidang theori fizik di Universiti CalTech pada tahun 1928.
Pada tahun 1935, Charles F. Richter telah mengembangkan satu sistem untuk mengukur kekuatan gempa bumi yang dikenali sebagai skala Richter sempena namanya dan pada mulanya hanyalah digunakan di California. Skala Richter yang dikembangkannya merupakan gandaan methematik untuk membezakan sesuatu kekuatan gempa bumi dan diterima pakai secara meluas setelah diubah suai. Kekuatan gempa bumi ditetapkan dengan penggunaan logaritma gandaan (amplitude) gelombang yang dirakamkan oleh mesin seismograf.
Tahap pecahan skala Richter meliputi variasi jarak antara seismograf yang pelbagai dengan pusat gempa (epicenter). Menurut skala Richter, kekuatan gempa bumi digambarkan dengan pecahan desimal. Sebagai contoh, gempa dengan kekuatan 2.0atau lebih kecil dianggap gempa mikro, biasanya tidak dapat dikesan oleh manusia dan hanya dirakamkan di mesin seismograf tempatan. Gempa bumi dengan kekuatan 4.5 mampu dirakam di mesin seismograf di seluruh dunia dan berlaku beribu kali setahun. Kekuatan 5.3 dikelaskan sebagai gempa bumi serdahana dan kekuatan 6.3 dikelaskan sebagai gempa bumi yang kuat. Oleh kerana skala Richter menggunakan pengiraan gandaan logaritma, setiap angka mewakili kekuatan yang 10 kali lebih kuat berbanding angka sebelumnya.
Gempa bumi besar seperti yang terjadi di Alaska tahun 1964, memiliki magnitude 8,0 atau lebih. Rata-rata satu gempa bumi yang berukuran seperti itu terjadi setiap tahun.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...