Pada 31/12/2010 jatuh plak pada hari cuti umum Malaysia menang Piala AFF Suzuki aku pergi Cameron Highland.Bertolak jam 10.00 pagi singgah jap kat Alor Setar hantar baju mak mertua.Jam 11.00 pagi terus bertolak ke Cameron Highland.Dalam perjalanan terasa lapar la plak,terus singgah kat KFC Gunung Rapat berdasarkan panduan GPS.Berguna sungguh GPS.X payah nak tercari-cari lagi kt mana KFC terdekat.
Lepas makan terus naik Cameron Highland.Ushar jugak la kt mana accident bas pelancong dari Thailand.Rupanya ada tindakan drastik dari JKR terus warnakan tembok penghadang dan buat line kuning masa kereta/bas nak turun.Jam 4 ptg aku sampai kat RPP Cameron Highland.Mula2 tersesat jgk la sbb signboard mengelirukan.Alhamdulillah sampai jgk la aku kat RPP Cameron Highland.
Check-in dapat lak bilik 107 Anggerik.Kena angkut la barang2 sbb bilik tu kat atas pejabat pentadbiran.Masuk dalam bilik boleh dikatakan selesa sbb luas.Ala-ala hotel.Berbaloi aku laburkan RM75 untuk 3 malam.
Monday, January 3, 2011
Jalan- Jalan Cameron Highland
Thursday, December 30, 2010
Malaysia Juara Piala AFF-Suzuki 2010 dengan agregat 4-2.31/12/2010 diisytihar cuti umum
Malaysia menumpaskan Indonesia dengan agregat 4-2 dalam perlawanan akhir kedua Kejohanan Bola Sepak Piala AFF-Suzuki
2010 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia malam ini.
Gol tunggal Malaysia dalam perlawanan itu disempurnakan pemain negara Mohd Safee Mohd Sali pada minit ke-53 dalam perlawanan timbal balik berkenaan.

Gol berkenaan memberikan kemenangan kepada negara setelah perlawanan akhir pertama menentang Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan keputusan 3-0 pada 26 Disember lalu.
Indonesia kemudiannya memperolehi satu gol melalui pemainnya Mohammad Nasuha pada minit ke-71.
Satu lagi gol diperolehi Indonesia pada minit ke-87.
Dalam perkembangan berkaitan, perdana menteri Datuk Seri Najib Razak lewat malam ini mengisytiharkan 31 Disember sebagai cuti umum.
Dalam kenyataannya kepada Bernama itu, beliau mengisytiharkan cuti umum berkenaan bagi meraikan kemenangan pertama Malaysia dalam sejarah 14 tahun kejohanan berkenaan.
Sepanjang tujuh edisi sebelum ini, Malaysia hanya sekali berpeluang melangkah ke perlawanan akhir iaitu pada edisi sulung kejohanan yang dahulunya dikenali sebagai Piala Tiger pada 1996.Monday, December 27, 2010
Jangan Pandang Belakang Congkak 2
MOVIE SAIZ : 350 MB
MOVIE FORMAT : MKV
SUBTITLE : MALAY
Genre: Comedy
Pelakon: Nora Danish, Cat Farish
Quality: DVDRip
MEDIAFIRE PASSWOR
Tuesday, December 21, 2010
Nie satu website yg bleh scan kelajuan website kita.Try la...
http://www.iwebtool.com/speed_test?
http://www.iwebtool.com/speed_test?
| |||||||||||||
| ||||||||||||||||||||
TAZKIRAH - Adab Untuk Kanak-kanak
Hubungan silaturahim antara seseorang individu dengan orang lain mengeratkan persaudaraan sesama agama. Syariat menentukan bahawa adab-adab sosial ini perlu ditanam dan disemai di peringkat kanak-kanak lagi.agar kesebatian hubungan silaturahim berakar umbi di hati mereka.
Adab Terhadap Ibu Bapa
Pengorbanan ibu bapa melahirkan, mengasuh, membimbing, dan membesarkan anak-anak tidak boleh dipertikaikan lagi. Tiada ganjaran wang ringgit dan harta benda yang dapat membalas jasa mereka.
Justeru, sebagai menghormati ibu bapa dan orang lain yan ada kaitan dengan mereka seperti datuk, nenek dan saudara mara, maka kita dianjurkan sentiasa menyumbangkan bantuan kepada mereka.
Didikan Awal Ibu Bapa Kepada Anak-Anak
- Anak-anak dianjurkan semenjak dari kecil lagi mencium tangan ibu bapa dan orang tua setiap kali bertemu.
- Bertutur di hadapan mereka dengan tutur kata yang lemah lembut dan penuh rasa hormat.
- Sering merujuk dan meminta nasihat ibu bapa dalam menangani masalah kehidupan hari ini.
- Ajarlah kepada mereka sentiasa menziarahi ibu bapa atau jiran tetangga terutamanya ketika mereka uzur dan sebagainya.
Adab Terhadap Guru
Para ibu bapa juga diingatkan supaya mendidik anak-anak dari kecil lagi untuk menghormati guru dalam menunaikan haknya.
Guru-guru yang menabur jasa memberi ilmu pengetahuan, tunjuk ajar dan bimbingan terhadap anak muridnya memang sepatutnya dihormati. Lebih-lebih lagi guru agama dan alim ulama yang mengajar dan membimbing dalam soal-soal akidah, hukum hakam agama, ibadah dan yang berkaitan dengan akhrat.
Nabi SAW bersabda yang diriwayatkan oleh al-Tabrani daripada Abu Hurairah r.a yang maksudnya;
Adap dengan Rakan, Jiran dan TetamuPelajarilah ilmu, pelajari ketenangan dan kesopanan dan rendahkan diri mu terhadap orang yang kamu ambil ilmunya ( guru ).
- Memilih sahabat atau teman yang baik akhlak dan budi pekertinya.
- Memberi salam dan menjawab salam apabila berjumpa.
- Memenuhi undangannya jika dijemput.
- Menziarahinya ketika sakit
- Memberi bantuan ketika dalam kesusahan.
- Tidak sesekali menyakitkan hatinya
- Berilah layanan yang sewajarnya kepada tetamu yang datang ke rumah kita.
Dan berbuat baiklah kepada kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin, tetangga dekat dan jauh, teman sejawat dan orang yang berjihad.Melalui kenyataan di atas, dapat kita lihat betapa pentingnya peranan ibu bapa dalam mendidik kanak-kanak. Anak-anak yang mendapat didikan ini, akan memiliki kesihatan jasmani, kemuliaan akhlak dan berperwatakan yang disukai ramai.
Semoga kita sama-sama beroleh keberkatan kehidupan di dunia dan di akhirat.
Ya Allah, berikan kami kebahagian di dunia dan berikan juga kepada kami kebahagiaan di akhirat, jauhkanlah kami daripada azab api neraka Mu.....Amin.
Selangor tak terlibat pelan pembangunan tapak surau
Kerajaan Selangor tidak terlibat langsung dengan pelan pembangunan tapak sebuah surau di Rawang yang dibantah sekumpulan penduduknya semalam, dakwa setiausaha politik kepada menteri besar Faekah Husin.
Beliau menjelaskan bahawa tanah yang terlibat dalam projek pembangunan tersebut dimiliki dua syarikat pemaju yang menjalankan projek tersebut secara usahasama.
Sebuah daripada syarikat itu didakwa tidak lagi mempunyai sebarang kaitan dengan kerajaan negeri.
Sehubungan itu, Faekah (kiri) berkata, pihak yang terlibat dalam perhimpunan itu, termasuk pemimpin Umno sepatutnya, membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang "tuduhan liar".
Beliau juga mendakwa kerajaan terdahulu pimpinan BN sebenarnya yang telah meluluskan kedua-dua syarikat terbabit menjalankan projek tersebut atas tanah berkenaan, termasuk lot yang telah diwartakan untuk pembinaan surau.
“Fakta jelas mendedahkan siapa yang sebenarnya telah mengorban orang Melayu dan Islam di Rawang.
"Saya rasa mungkin lebih sesuai penduduk berhimpun di pejabat Umno dan MCA untuk membuat aduan mereka,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.
Jemput SPRM
Semalam, Badan Bertindak Surau Al-Hidayah (BBSAH) Kampung Melayu Rawang dilaporkan berhimpun dalam demonstrasi secara aman bagi membantah pengambilan tapak surau itu.
Penasihat BBSAH Datuk Ir Md Nasir Ibrahim dilaporkan berkata ketidakcekapan kerajaan negeri sekarang menyebabkan satu-satunya tanah orang Melayu di pekan Rawang yang luasnya tidak seberapa, jatuh ke tangan swasta.
Beberapa pemimpin BN, antaranya Pengerusi Biro Agama Umno Selangor Datuk Zainal Abidin Sakom juga kelihatan turut serta dalam perhimpunan itu.
Berhubung status gerai-gerai tanpa lesen yang beroperasi di sekitar surau berkenaan, Faekah berkata laporan awal yang diterima dari Pejabat Daerah Gombak mendedahkan ia dibina secara haram tetapi sewa dikutip oleh seorang bekas ahli jawatankuasa surau untuk mengisi tabung surau itu.
Bagaimanapun, katanya, ahli jawatankuasa baru surau berkenaan mendakwa kutipan itu tidak pernah disalurkan ke tabung surau.
“Saya menyeru polis dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) membuat siasatan lanjut berkenaan hal ini dan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan memberi kerjasama penuh,” katanya.
Faekah juga berkata kerajaan Selangor akan memastikan penduduk di Kampung Melayu, Rawang, mempunyai kemudahan surau walaupun notis perobohan dan pemindahan telah dikeluarkan oleh syarikat pemaju bagi menjalankan projek pembangunan yang telah diluluskan lapan tahun lalu.
Kerajaan Selangor melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut agar penduduk di kampung itu dapat terus menjalankan ibadat seperti biasa.
Sumber : www.malaysiakini.com/bm
Beliau menjelaskan bahawa tanah yang terlibat dalam projek pembangunan tersebut dimiliki dua syarikat pemaju yang menjalankan projek tersebut secara usahasama.
Sebuah daripada syarikat itu didakwa tidak lagi mempunyai sebarang kaitan dengan kerajaan negeri.Sehubungan itu, Faekah (kiri) berkata, pihak yang terlibat dalam perhimpunan itu, termasuk pemimpin Umno sepatutnya, membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang "tuduhan liar".
Beliau juga mendakwa kerajaan terdahulu pimpinan BN sebenarnya yang telah meluluskan kedua-dua syarikat terbabit menjalankan projek tersebut atas tanah berkenaan, termasuk lot yang telah diwartakan untuk pembinaan surau.
“Fakta jelas mendedahkan siapa yang sebenarnya telah mengorban orang Melayu dan Islam di Rawang.
"Saya rasa mungkin lebih sesuai penduduk berhimpun di pejabat Umno dan MCA untuk membuat aduan mereka,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.
Jemput SPRM
Semalam, Badan Bertindak Surau Al-Hidayah (BBSAH) Kampung Melayu Rawang dilaporkan berhimpun dalam demonstrasi secara aman bagi membantah pengambilan tapak surau itu.
Penasihat BBSAH Datuk Ir Md Nasir Ibrahim dilaporkan berkata ketidakcekapan kerajaan negeri sekarang menyebabkan satu-satunya tanah orang Melayu di pekan Rawang yang luasnya tidak seberapa, jatuh ke tangan swasta.
Beberapa pemimpin BN, antaranya Pengerusi Biro Agama Umno Selangor Datuk Zainal Abidin Sakom juga kelihatan turut serta dalam perhimpunan itu.Berhubung status gerai-gerai tanpa lesen yang beroperasi di sekitar surau berkenaan, Faekah berkata laporan awal yang diterima dari Pejabat Daerah Gombak mendedahkan ia dibina secara haram tetapi sewa dikutip oleh seorang bekas ahli jawatankuasa surau untuk mengisi tabung surau itu.
Bagaimanapun, katanya, ahli jawatankuasa baru surau berkenaan mendakwa kutipan itu tidak pernah disalurkan ke tabung surau.
“Saya menyeru polis dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) membuat siasatan lanjut berkenaan hal ini dan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan memberi kerjasama penuh,” katanya.
Faekah juga berkata kerajaan Selangor akan memastikan penduduk di Kampung Melayu, Rawang, mempunyai kemudahan surau walaupun notis perobohan dan pemindahan telah dikeluarkan oleh syarikat pemaju bagi menjalankan projek pembangunan yang telah diluluskan lapan tahun lalu.
Kerajaan Selangor melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut agar penduduk di kampung itu dapat terus menjalankan ibadat seperti biasa.
Sumber : www.malaysiakini.com/bm
Subscribe to:
Posts (Atom)